Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha









Hari Raya di NZ ni jatu pada hari Sabtu 27/12/2009, esok la tu

Tapi x ada mood sgt2 nak raya sebab satu family demam. Start dari Aiman yg demam dari hari Sabtu lepas, bersambung dgn Aliya, pehtu ngn mummy sekali jangkit..rasa lesu badan, hidung dok sok-sek sok-sek, sampai merah2 hidung dek kerana dok hembus selalu, tisu dah nak abis sekotak dah..

nak masak pun malas, sebab x ada selera nak makan, tadi beli pizza 2 pun x abis, selalu abis saja..ni rasa lapar, masak megi, pun rasa x sedap..

tapi x best la pulak kalau x masak apa2, so ni tgh rebus ayam, igt nak masak nasik ayam sikit esok. Dah tu yg simple..

Tapi Alhamdullilah, dugaan kami ni masih amat kecil jika dibandingkan dengan org lain

Esok Noorwan and Aiman saja la kot yg pi semayang Aliya masih x berapa sihat, tgh hari tadi temp dia naik sampai 40C. Kesian pulak kalau bawak dia besok..Besok geng2 melayu buat korband sekor lembu. Kami ambil satu bahagian.. Rina kata nak lapah kat rumah Sham kat Morrinsvile, x pasti plak buat pukul berapa, lepas sembahyang raya la kot

Sembahyang raya, macam biasa buat kat Hamilton Gardens

No comments: